Saturday, September 27, 2008
Hayek,If i may say so,is history
Secara keseluruhannya saya bersetuju dengan ucapan Datuk Seri - berimbang dan bernuansa. Cuma keseimbangan itu digugat oleh satu ayat. “Hayek, if I may say so, is history.” Krisis kewangan yang melanda di Amerika sekarang ini sebenarnya memberikan satu bukti emperis kepada satu aspek pemikiran Hayek - meskipun kita hidup dizaman ledakan maklumat sebenarnya kita tetap jahil dan tidak tahu. Ketika menerima Hadiah Nobel dalam tahun 1974 Hayek memberikan pidato bertajuk “The Pretense of Knowledge.” Beliau mengkritik tajam terhadap ahli-ahli ekonomi yang berbangga dengan kemajuan disiplin ekonomi dan begitu yakin boleh melaksanakan economic engineering. Bagi Hayek dunia terlalu kompleks dan ilmu manusia terhadapnya hanya bersifat kwalitatif dan bersifat anggaran.Sistem Rizab Federal (Fed) ditubuhkan di Amerika untuk mengelakan panik seperti sekarang. Namun panik dan krisis seperti ini berlaku jua meskipun maklumat dan statis bertambah. Tidak ada institusi di Amerika yang memilik maklumat ekonomi seperti Fed. Berdasarkan maklumat tersebut Fed manjalankan dasar monetarinya — menaik dan menurunkan kadar faedah — dengan yakin.Alan Greenspan dalam memoirnya “The Age of Turbulence” menceritakan bagaimana Fed digesa menaikan kadar faedah kerana pertumbuhan ekonomi telah melebihi 4 peratus untuk mengelakan ancaman inflasi. Greenspan melihat semua data ada dan berpendapat bahawa pertumbuhan yang yang tinggi tersebut adalah hasil dari pertumbuhan sebenar yang dijana oleh revolusi maklumat dan teknologi.Fed tidak dapat mengesan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan kemakmuran merata diera Clinton membawa masalah baru. Pendapatan yang meningkat menyebabkan nafsu memiliki rumah meningkat. Siapa yang tidak mahu memiliki rumah? Pinjaman untuk perumahan meningkat termasuk yang membuat pinjaman adalah mereka yang tidak mempunyai cagaran dan tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membayar ansuran. Kenapa Fed tidak mengesan gejala ini? Di masa akan datang akan ada gejala baru yang tidak dapat dikesan oleh Fed yang menjadi bibit krisis. Justeru itu kewujudan Fed itu sendiri tidak boleh menjadikan kita tidak boleh melepaskan tanggungjawab peribadi untuk berhemat. Fed memberikan ilusi bahawa ia tahu segala-galanya.Krisis sebesar ini tentu memerlukan tindakan luar biasa. Ianya tidak bermakna talkin kepada kapitalisme terbuka. Ia laksana perang. Dalam Perang Saudara di Amerika Lincoln menggantungkan Habean Corpus. Apakah Habeas Corpus tidak relevan lagi? Tidak, selepas perang tamat Habeas Corpus dilaksanakan semula.Keynes pernah menulis satu rencana yang berpengaruh bertajuk “The End of Laissez Faire.” Tetapi jelas kemudian nyawa kapitalisme adalah lebih panjang dari hayat Keynes.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment