Saturday, February 5, 2011

Tala'al Badru Aleyna

Tala'al-Badru 'alayna,
min thaniyyatil-Wada'
wajaba al-shukru 'alayna,
ma da'a lillahi da'

O the White Moon rose over us
From the Valley of Wada'
And we owe it to show gratefulness
Where the call is to Allah

Ayyuha al-mab'uthu fina
ji'ta bi-al-amri al-muta'
Ji'ta sharrafta al-Madinah
marhaban ya khayra da'

O you who were raised amongst us
coming with a work to be obeyed
You have brought to this city nobleness
Welcome! best call to God's way

Tala'al-Badru 'alayna,
min thaniyyatil-Wada'
wajaba al-shukru 'alayna,
ma da'a lillahi da'

Salat al Badriyya Lyrics

Salat al Badriyya Lyrics

chorus
Salatullah salamullah
ala Ta Ha Rasulillah
Salatullah salamullah
ala Ya Sin Habibillah

Tawassulna bi-bismillah
Wa bi’l Hādi Rasūlillah

Wa kulli mujāhidin lillah
Bi-Ahl il-Badri ya Allah

We seek a way with bismillah
And with the guide, Rasulillah
And all who strive in the way of Allah
The people of Badr ya Allah

Ilāhi sallim-il ummah
Min al-āfāti wa’n-niqma
Wa min hammin wa
min ghammin
Bi-Ahl il-Badri ya Allah

Oh my Lord! Keep your people free
From hardship and adversity

From fear and sorrow and anxiety
Through your love of the people of Badr ya Allah

Wa kam min rahmatin hasulat
Wa kam min zillatin fasulat
Wa kam min ni`matin wasulat
Bi-Ahl il-Badri ya Allah

And oh! What mercy we have acquired
How many misfortunes we’re made to avoid

How great the blessings that have entered our lives
Through your love of the people of Badr ya Allah

Wa salli `alā nabiyyil barr
Bi-lā `addin wa la hasrin
Wa āli sādatin ghurrin

Bi-Ahl il-Badri ya Allah

Upon the sinless prophet blessings send
Beyond all count, beyond all end
On the blessed ones who from him descend
Through your love of the people of Badr ya Allah.

PENGHUNI SYURGA IALAH SEBAIK-BAIK MUSLIM

Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”
(Muslim)

Penerangan :

Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir

Kelebihan Sayidina umar Dalam Ilmu Agama!

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a:” Rasulullah SAW pernah bersabda:” Di dalam tidur ku, aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kepada ku dan aku meminumnya hingga membasahi sebahagian jemari ku. Kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar bin al-Khattab.” (Para sahabat nabi SAW bertanya:” Apakah tafsiran anda (terhadap mimpi itu) ya Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab:” Itulah ilmu (agama).”
Penerangan :
Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang tafaqquh (mendalam ilmu agamanya). Dalam hal ini cuba kita renung sejenak tentang kisah Sayidina Umar Al Khattab RA. Beliau adalah orang yang paling disegani dan paling digeruni semasa zaman jahiliah. Demikian juga setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti termasuk syaitan sendiri. Apakah rahsianya Sayidina Umar boleh mencapai tahap tersebut? Jawapannya tidak lain ialah kerana beliau benar-benar mendalami ilmu agama. Sungguh banyak pengajaran yang dapat diambil daripada kisah beliau. Di antaranya, kisah tentang beliau berkata dengan Hajar Al Aswad, kisah beliau tidak memotong tangan pencuri kerana terlalu fakir, kisah beliau memotong kedua-dua tangan pencuri kerana telah berdusta atas nama Allah, kisah beliau mengubah destinasi setelah mendapat berita wabak taun di negeri yang akan dituju, kisah tentang beliau berhijrah dan lain-lain. Beliau dikenal sebagai khalifah yang paling adil. Mukmin yang mendalam ilmu agamanya memang lebih ditakuti oleh syaitan berbanding dengan orang yang banyak beribadah tetapi jahil tentang seluk-belok agama. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW bermaksud: Seorang Faqih adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang 'Abid (orang yang banyak beribadat)”(at- Tirmidzi dan Ibnu Majaah)

kENAPA CAT STEVEN MEMELUK ISLAM? (2)

cat

Populariti didalam dunia hiburan menuntut kehidupan glamor yang terdedah kepada seks bebas, dadah, arak dan wanita. Jauh disudut hati penyanyi hebat bernama Cat Stevens terdetik “Aku ingin bebas.” Namun, itu bukanlah perkara mudah yang boleh dilakukan sekelip mata. Dia mempunyai kontrak dengan syarikat rakaman yang telah dimeterai sejak dia mula menyanyi.

Cat Stevens yang disebut sebagai penyanyi yang mampu menarik peminat sehingga ‘Sold Out’ ke Madison Square Garden dalam 2 malam berturut turut, penyanyi yang menduduki carta top 10 dengan 7 tangga yang lain adalah albumnya, meninggalkan pentas hiburan setelah albumnya terjual sebanyak 40 juta unit dipasaran.

Sebuah tindakan yang sukar bagi dirinya meninggalkan dunia hiburan di atas pentas dengan simbolik mencabut plug gitar dihadapan penonton. Sebuah ego yang ditundukkan dan ia adalah sebuah tindakan yang memuaskan bagi dirinya, meskipun ia mengakibatkannya menerima nilai kerugian wang yang banyak.

(bersambung)

KENAPA CAT STEVEN MEMELUK ISLAM?

CAT STEVENS

Bolehkah saya menjawab soalan diatas bagi pihak Cat Stevens? Sudah tentulah tidak boleh. Kerana soalan itu sepatutnya ditanya kepada Cat Stevens. Dan jawapan kepada punca dia memeluk ISLAM adalah:

MEMBACA AL-QURAN. (pengakuan beliau ada didalam video dibawah)

Tidakkah pernah ternilai kepada masyarakat, seorang lelaki yang berada dipuncak kecemerlangan karier dan dizaman kegemilangan kerjaya serta populariti yang sangat gah. Dia memilih untuk meninggalkan semua kehebatan yang dikecapi.

Jualan albumnya bukan setakat 3,000 unit seperti jualan CD dan kaset artis Malaysia. Jualan album beliau mencecah jutaan unit diseluruh dunia. Kalau setakat dibandingkan dengan artis top Malaysia seperti Sudirman, Siti Nurhaliza, Stacy, Faizal Tahir, Ebi Cornelis dan rakan artis yang lain. Terlalu jauh dan tidak ada seorang pun yang bernama artis mahu meninggalkan kedudukan yang beliau miliki disaat itu.

Namun, dengan pilihan yang tidak popular beliau memeluk ISLAM dan kerjaya beliau sebagai penyanyi jatuh merudum dan ia menimbulkan pelbagai reaksi terhadap beliau. Ada yang benci, ada yang suka dan ada juga yang kecewa. Namun, jawapan kenapa beliau meninggalkan agama anutan beliau iaitu Kristian adalah berpunca dari pencarian Tuhan. Beliau seorang lelaki inggeris yang faham bahasa Inggeris dan memiliki BIBLE untuk bacaan beliau. Dan beliau tahu, BIBLE adalah penulisan manusia sejak beliau masih Kristian. Namun, tidak pernah membaca Al-Quran sebagaimana membaca BIBLE.

Pencarian Tuhan dalam hidup Cat Stevens bermula disaat dia sedang berenang dipantai MALIBU. Ketika sedang berenang, dia dipukul ombak yang menyebabkan dia hanyut ditengah lautan dan hampir lemas dilaut. Disaat yang sangat cemas dan tiada bantuan yang mampu menyelamatkannya, timbul rasa takut mati dalam hatinya dan pada saat itulah hadir dihatinya, “Tuhan! Kalau kau selamatkan aku. Aku akan bekerja untuk kau.”

Dalam keadaan meronta ronta, tanpa dia menyedarinya ombak menolak dia kepantai dan dia berenang semula dan merasa selamat dan berfikir.

“Aku akan bekerja untuk tuhan, tapi…

…SIAPA TUHAN?”


Cat Stevens memilih ISLAM bukan sebaik selepas dia naik ke pantai. Tetapi, dia meneruskan kehidupan seharian seperti biasa tetapi janjinya pada tuhan dipantai masih bermain difikiran. Dimindanya berlegar legar persoalan, bagaimana untuk bekerja dengan tuhan sedangkan dia tidak tahu siapa tuhan yang sebenarnya.

(bersambung)

Semoga video ini mengingatkan kita Al-Quran tidak bermakna jika tidak dibaca.

15 TANDA AKAN TURUNNYA BENCANA KE ATAS MANUSIA

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:"

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.