Saturday, February 5, 2011

kENAPA CAT STEVEN MEMELUK ISLAM? (2)

cat

Populariti didalam dunia hiburan menuntut kehidupan glamor yang terdedah kepada seks bebas, dadah, arak dan wanita. Jauh disudut hati penyanyi hebat bernama Cat Stevens terdetik “Aku ingin bebas.” Namun, itu bukanlah perkara mudah yang boleh dilakukan sekelip mata. Dia mempunyai kontrak dengan syarikat rakaman yang telah dimeterai sejak dia mula menyanyi.

Cat Stevens yang disebut sebagai penyanyi yang mampu menarik peminat sehingga ‘Sold Out’ ke Madison Square Garden dalam 2 malam berturut turut, penyanyi yang menduduki carta top 10 dengan 7 tangga yang lain adalah albumnya, meninggalkan pentas hiburan setelah albumnya terjual sebanyak 40 juta unit dipasaran.

Sebuah tindakan yang sukar bagi dirinya meninggalkan dunia hiburan di atas pentas dengan simbolik mencabut plug gitar dihadapan penonton. Sebuah ego yang ditundukkan dan ia adalah sebuah tindakan yang memuaskan bagi dirinya, meskipun ia mengakibatkannya menerima nilai kerugian wang yang banyak.

(bersambung)

No comments: