Saturday, February 5, 2011

KENAPA CAT STEVEN MEMELUK ISLAM?

CAT STEVENS

Bolehkah saya menjawab soalan diatas bagi pihak Cat Stevens? Sudah tentulah tidak boleh. Kerana soalan itu sepatutnya ditanya kepada Cat Stevens. Dan jawapan kepada punca dia memeluk ISLAM adalah:

MEMBACA AL-QURAN. (pengakuan beliau ada didalam video dibawah)

Tidakkah pernah ternilai kepada masyarakat, seorang lelaki yang berada dipuncak kecemerlangan karier dan dizaman kegemilangan kerjaya serta populariti yang sangat gah. Dia memilih untuk meninggalkan semua kehebatan yang dikecapi.

Jualan albumnya bukan setakat 3,000 unit seperti jualan CD dan kaset artis Malaysia. Jualan album beliau mencecah jutaan unit diseluruh dunia. Kalau setakat dibandingkan dengan artis top Malaysia seperti Sudirman, Siti Nurhaliza, Stacy, Faizal Tahir, Ebi Cornelis dan rakan artis yang lain. Terlalu jauh dan tidak ada seorang pun yang bernama artis mahu meninggalkan kedudukan yang beliau miliki disaat itu.

Namun, dengan pilihan yang tidak popular beliau memeluk ISLAM dan kerjaya beliau sebagai penyanyi jatuh merudum dan ia menimbulkan pelbagai reaksi terhadap beliau. Ada yang benci, ada yang suka dan ada juga yang kecewa. Namun, jawapan kenapa beliau meninggalkan agama anutan beliau iaitu Kristian adalah berpunca dari pencarian Tuhan. Beliau seorang lelaki inggeris yang faham bahasa Inggeris dan memiliki BIBLE untuk bacaan beliau. Dan beliau tahu, BIBLE adalah penulisan manusia sejak beliau masih Kristian. Namun, tidak pernah membaca Al-Quran sebagaimana membaca BIBLE.

Pencarian Tuhan dalam hidup Cat Stevens bermula disaat dia sedang berenang dipantai MALIBU. Ketika sedang berenang, dia dipukul ombak yang menyebabkan dia hanyut ditengah lautan dan hampir lemas dilaut. Disaat yang sangat cemas dan tiada bantuan yang mampu menyelamatkannya, timbul rasa takut mati dalam hatinya dan pada saat itulah hadir dihatinya, “Tuhan! Kalau kau selamatkan aku. Aku akan bekerja untuk kau.”

Dalam keadaan meronta ronta, tanpa dia menyedarinya ombak menolak dia kepantai dan dia berenang semula dan merasa selamat dan berfikir.

“Aku akan bekerja untuk tuhan, tapi…

…SIAPA TUHAN?”


Cat Stevens memilih ISLAM bukan sebaik selepas dia naik ke pantai. Tetapi, dia meneruskan kehidupan seharian seperti biasa tetapi janjinya pada tuhan dipantai masih bermain difikiran. Dimindanya berlegar legar persoalan, bagaimana untuk bekerja dengan tuhan sedangkan dia tidak tahu siapa tuhan yang sebenarnya.

(bersambung)

Semoga video ini mengingatkan kita Al-Quran tidak bermakna jika tidak dibaca.

No comments: