DARI :http://beritasemasa.com/kes-buang-anak-bayi-luar-nikah-apa-dosa-mereka
Apabila saya sendiri melihat gambar seorang bayi yang baru sahaja ingin melihat dunia tetapi diperlakukan seperti ini, saya geleng kepala dibuatnya. Binatang sendiri, sayangkan anak. Inikan kita pula yang diberikan cukup akal fikiran dan sifat untuk berfikir secara waras.
Kalau diikutkan kes-kes anak luar nikah seperti di atas hanyalah sebahagian daripada deretan kes buang bayi yang lain. Dahla….mengandungkan anak luar nikah, diperlakukan pula seperti binatang kepada bayi yang tidak berdosa seperti ini.
Kepada si pelaku atau mana-mana yang berhasrat untuk melakukan hubungan terkutuksehingga terjadi lagi kejadian buang anak luar nikah di merata tempat, pernahkah anda terfikir apabila anda sudah mempunyai ikatan yang sah nanti dan mempunyai keluarga, anak-anak, suatu hari nanti anak-anak membuang dan mengusir anda daripada keluarga? Membuang anda di rumah orang-orang tua? Dan pada masa itu anda terkenang perbuatan lampau anda sebelum ini dan kemudian baru hendak menyesal?
Kalau anda letakkan di masjid, adakah terjamin keselamatan dan kesihatan bayi yang baru dilahirkan? 50%-50% sebenarnya. Kalau diberikan kepada orang lain, pasti ramai yang sanggup menjaganya. Sedangkan orang yang sudah berkahwin bertahun-tahun lamanya sukar mendapat anak, pasangan yang berzina diberikan zuriat tetapi bertindak membuangnya. Lihatlah, kes terbaru kes buang anak luar nikah yang berlaku di Melaka baru-baru ini :
MELAKA 10 Feb. – Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini. Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih. Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju. Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.
“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ. “Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.
Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid. Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.
“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.
Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan. “Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya. Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
Sekarang ini ada pusat-pusat perlindungan wanita. Dah tahu hendak mengandung, serah diri dan bayi tersebut boleh dihantar ke rumah-rumah kebajikan. Masalahnya si pelaku kebanyakannya tidak akan bertanggungjawab. Ini HAKIKATNYA!!!
Sudah tiba masanya kerajaan melipat gandakan usaha dan tindakan dengan mengambil lebih perhatian hal-hal seperti ini. Ya…..kita tidak boleh kawal nafsu serakah anak-anak muda daripada melakukan hubungan seks bukan muhrim, esok lusa entah cerok mana pula jumpa anak luar nikah dibuang. Lebih-lebih lagi, persekitaran dahulu dengan sekarang tidak sama. Dunia anak-anak muda dahulu tidak sama seperti sekarang. Kita hanya boleh kawal kejadian anak luar nikah ini supaya dapat dikurangkan dengan diberikan ruang kepada “si ibu” untuk melahirkan anak mereka dengan ini dengan selamat.
Ini kerana sekarang ini, prosedur beranak di hospital, sangat menyulitkan, sangat menyusahkan. Yang mengandungkan anak luar nikah dan tiada bukti pernikahan tidak dibenarkan melahirkan anak di hospital. Mungkin, boleh diberikan kelonggaran bagi mereka beranak terlebih dahulu. Apabila selesai semuanya, tiadalah kes buang bayi,kemudian baru cerita lain (bagaimana kes ini boleh terjadi). Atau anda mungkin ada cadangan lain? Boleh kongsikan di ruangan komen.
P/S : Walaupun bayi tu ‘dibunuh’ dengan kejam, muka bayi (Anak Luar Nikah) ini cukup tenang. Ya…..Allah lebih menyayanginya. Kini rohnya telah pulang tanpa dosa, sebersih seperti waktu dilahirkan. Syurgalah tempatnya nanti…Insyaallah
No comments:
Post a Comment