Sayyid, Syarif dan Habib,Meor
Apakah yang dimaksudkan dengan prediket Sayyid, atau Syed yang
diletakkan bersama dengan nama seseorang yang berketurunan darah
Rasulullah SAW? Perkataan `As-Sayyid', (jamaknya `Saadat'
atau `Asyad'), sebenarnya merupakan kalimah Arab yang memberi
makna `ketua' atau `pemimpin'. Sahih Al-Bukhari meriwayatkan sebuah
Hadeeth, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai Al-
Hassan : "Sungguhlah bahawa puteraku ini (sambil menunjuk kepada Al-
Hassan r.a) adalah Sayyid. Mudah-mudahan melaluinya Allah akan
mendamaikan (pertikaian) antara dua golongan besar dari kaum
Muslimin."
Rasulullah SAW juga pernah menggelar puterinya, Fatimah
sebagai `pemimpin kaum wanita Islam (sayyidah nisa' ummati)' dan
cucunda baginda, Al-Hussein, sebagai `pemimpin kaum belia di syurga
(sayyid syabab ahlal-jannah).' Selain itu, kalimah Sayyid dalam
beberapa konteks yang lain bererti `ketua suku' (sayyid al qabilah)
atau orang bangsawan. Istilah `Syarif', (jamaknya `Asyraaf), bererti
ketua atau pemimpin, sama maksudnya dengan istilah `Sayyid'.
Gelaran `Syarif' dipakai untuk Bani Hasyim di masa-masa permulaan
Islam sebagai nama sebutan, atau prediket bagi mereka. Orang pertama
dari Bani Hasyim yang memakai gelar `Syarif' ialah Syarif Ar-Radhiy
dan saudaranya Al-Murtadho.
Di Hijaz, sebutan `Syarif' tidak digunakan kecuali untuk para
Penguasa Mekah dari keturunan Al-Hassan. Menurut adat dan kebiasaan
umat Islam, prediket `Sayyid' diberikan kepada ahlul-bait dari
keturunan Al-Hussein sementara `Syarif' dari keturunan Al-Hassan.
Keturunan Sayyidd dari Hadhramaut, iaitu sebuah negeri di Selatan
Semenanjung Arab, juga dikenali dengan gelaran `Habib', yang bererti
orang yang dikasihi.
Apabila seseorang berketurunan Sharifah berkahwin dengan orang bukan berketurunan Syed, nama bayinya dengan sendirinya ditukarkan nama pangkalnya kepada Meor kepada anak
lelaki dan kepada anak perempuan pula diberikan nama Wan.
_________________________________________________________
No comments:
Post a Comment