BERITA MINGGU 1 APRIL 2007
Ulul Albab: Yahudi gerun keturunan Rasulullah
Oleh Abdurrahman Haqqi
"SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya." (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)
Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan.
Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia.
Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.
Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya: "Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri." (Riwayat at-Tabrani).
Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud: "Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya adalah menjadi ibu mereka." (Surah al-Ahzab: 6)
Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: "Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga)." (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H) dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia supaya 'tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang daripada keturunannya'.
Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu keturunan dengan keturunan lain.
Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.
Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya." (Surah al-Ahzab: 33)
Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: "Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-Tabrani)
Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut hadis yang bermaksud: "Janganlah kalian berselawat untukku dengan 'Selawat Batra'. Sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan 'Selawat Batra?'. Baginda menjawab: "Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga (ahlul-bait) Muhamad.
Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga mereka memperkecil bahkan menghina mereka.
Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: "Enam macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah; orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang yang menghalalkan larangan Allah; orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan; dan orang yang meninggalkan sunnahku." (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim).
Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang mendapat kutukan Baginda adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak mereka.
Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi lawan setara, bak 'buku bertemu ruas' protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada menyatakan: "... anda akan dapat melihat kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan memberikan kita kemungkinan untuk mendapat 'kad induk' (iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan (genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan negara daripada serangan kita.
Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina golongan 'bangsawan meritrokasi' yang diketuai golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula dalam protokol nombor tiga: "Orang yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang (sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat serta 'ibu angkat' yang memanfaatkan mereka, atas keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan (warisan) ini.
Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai yang menjerut leher pekerja." Kedua-dua protokol ini diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.
Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di atas.
Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci ahlul-bait Rasulullah binasa.
"Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka, terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy atau 'bangsawan warisan' itu. (Ahlul-Bait.. 442)
Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra dalam kekeluargaan." (Surah Asy-Syura: 23).
Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi: "Aku tidak minta imbalan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada keluargaku."
Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah lagi senarai pengabaian kita ke atas kewajipan agama Islam suci lainnya.
Oleh Abdurrahman Haqqi
2 comments:
Salam kepada semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah
Saya penulis blog G4UMNO, sila ikuti artikel terbaru saya.
Tun Suhana adalah saudara sepupu saya dan kami adalah dari keturunan Tun Saban yang bersambung terus kepada Nabi. Salah silah lengkap ratusan tahun ada pada tangan saya bermula dari Almarhum Tun Saban, juga dari Tok Temong dan yang lain lain
Blog saya hanya ingin memperkatakan kebenaran dari sudut agama dan bukan bermaksud untuk memburukkan orang lain untuk maksud politik semata mata.
G4UMNO
@admin G4UMNO : salam tuan, boleh tak kita berhubung kerana ada perkara hendak d bincangkan berkenaan nasab tok temong,memandangkan saya juga dari nasab yang sama.... saya dok ipoh,sblm ni d kuale kangsar. harap tuan dapat hubungi saya semula di email muhammad.shah1411@gmail.com
Post a Comment